2 November 2012

Jalan raya terlebar di dunia


                                                                                                 
Pastikan anda mempunyai kaki yang panjang serta berkebolehan berjalan laju jika mahu menyeberangi jalanini. Terletak di Tengah-tengah pusat bandar kota Buenos Aires, Argentina, jalan raya yang di kenali sbg Avenida 9 de Julio oleh penduduk tempatan ini bukan satu laluan biasa. Sebaliknye, ia diiktiraf sebagai jalan yangterlebar di dalam dunia.   Kepada mereka yang ingin melalui jalan ini sentiasa diigatkan supaya mengubah gaya jalan daripada perlahan kepada laju supaya mudah sampai ke seberang Sebelum lalu lintas dipersimpangan berubah merah. jika tidak, Anda mungkin terlewat kira-kira dua minit daripada asepatutnye. Kebiasaaanya, ia memerlukan lima hingga lapan minit untuk menyeberangi jalan ini.Jalan Raya ini dinamkan sedemikian sempena tanda penghormatan hari kemerdekaan negara Argentina pada 9 Julai 1816. Berdasarkan perkiraan, terdapat 16 lorong di jalan raya ini. Kesemua lorong merupakan jalan lurus yang mempunyai kepanjangan sekitar satu kilometer sahaja tetapi mempunyai kelebaran lebih daripada 140 meter.

    Berdasarkan sejarah, pembinaan jalan ini sebenarnya
telah dirancang sejak tahun 1935 lagi. Ia berikutan kedudukan ekonomi negara Argentina yang semakin maju dengan kepadatan penduduk yang semakin pesat. Justeru pembinaan jalan raya ini dibuat agar kota raya Arhentina tidak mengalami kesesakan lalu lintas yang luar biasa serta mengelakkan berlakunya kemalangan.
Walaubagaimanapun, idea pembangunan jalan itu mendapat tentangan keras daripada pelbagai pihak khususnya golongan-golongan yang mempertahankan monumen-monumen sejarah di bandar Bueno Aires. Ini kerana proses pembinaan jalanraya tersebut menyebabkan beberapa bangunan lana yang sedia sejak bertahun-tahun lalu terpaksa dirobohkan. Dianggarkan, pembinaan jalan ini memerlukan ubah suai hampir 60ribumeter persegi keluasan tanah di tengah-tengah bandar raya tersebut

Pun begitu, akhirnya setelah 50 tahun tercetusnya idea itu, Projek pembangunan jalan raya tersebut dimulakan dan akhirnya sip sekitar tahun 1960an. Sehingga ke hari ini,jalan raya Avenida 9de Julio kekal menjadi jalan terlebar di dunia. Di kedua-dua sisi jalan ini dipenuhi dengan pelbagai bangunan yang rata-ratanya adalah pusat beli belah yang terkenal seperti Mercoda de Abasto.Selain itu, apa yang menariknya di bawah jalan lebar ini dibina pula beberapa landasan keretapi bawah tanah yang turut menjadi pengangkutan rasmi penduduk di Bueno Aires. Di negara maju pengunaan kereta boleh dikatakab berada di tahap maksimum. Ia sama seperti di Malaysia jika penggunaan kereta terlampau banyak di jalan raya, pastinya kesesakan lalu lintas akan berlaky dia mana-mana sahaja. Walaupun pembinaan jalan sebegini dilihat membantu mengurangkan kesesakan, namun ia sebenarnya agak berbahaya.

Penggunaan lorong yang banyak sebenatnya menyukarkan pemandu sekiranya mereka mahu menukar lorong. Keadaan itu menjadi bertambah sukar apabali pemandu berada di lorong paling kanan dan mahu ke lorong paling kiri. Potensi untuk mendapat kemalangan adalah tinggi tambahan pula pergerakan kereta perlu pantas dengan keadaan jalan yang terlalu besar. Hari ini, walaupun jalan raya yang luas telah dibina di bandar Argentina, Namun kesesakan lalu lintas masih lagi tidak berubah. Kereta semkin bertambah dan kebanyakan pemandu tidak dapat menahan kesabaran dalam situasi berkenaan.

No comments:

Post a Comment