2 November 2012

Dimanakah Neraka ...??

Ada satu ayat dalam al-Quran yang bermaksud:

       ''Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.''
(surah ali 'Imran 3:133)

Soalannya, kalau syurga itu seluas langit dan Bumi, bagaiman dengan neraka? dimana letaknya?

Jawapan:
Alam Semesta tdk hanya terbatas pada langit dan bumi.Sehingga kini , fahaman kita tentang langit masih lagi kabur dan kita msih lagi tidak dapat untuk memahami tentang langit sebenarnye. Kita hanya Percaya Bahawa diatas langit ada malaikat Allah dan kefahaman itu tidak dapat di capai dengan akal dan ilmu kita. Kerana inilah , Nabi s.a.w. menganjurkan sesudah rukuk (dalam solat iaitu ketiaka iktidal) kita membaca

[PIktidal3%255B5%255D.jpg]
Maksudnya: ''“Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi dan apa yang di antara keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu”. (Muslim)


Masalah langit , dan planet lain selain bumi, kini masih lagi menjadi bahan kajian atau penelitian ilmu pengetahuan moden. Salah satu penemuan daripada hasil kajian ini ialah mengenai ukuran jarak antara bumi dengan planet lain, dan jaraknya berjuta2 tahun cahaya. Jarak antara kita dengan sebahagian bintang boleh mencapai berjuta2, bahkan berbilion2 tahun cahaya.
Jika dikatakan luas syurga seluas langit dan bumi, ini tidaklah bererti bahawa Allah tidak berkuasa menggambarkan luas dan letaknya neraka. Bahkan lebih daripada itu pun Allah sangat berkuasa.
Pertanyaan ini sebenarnya persoalan yang sudah pernah diajukan oleh para sahabat kepada Rasulullah s.a.w.
Demikianlah juga sebahagian ahli kitab pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai makna ayat: ''Syurga yangluasnya seluas langi dan bumi.'' ''Dimanakah neraka?'' tanya mereka . Rasulullah menjawab (dengan mengajukan pertanyaan): '' Dimanakah malam hari ketika siang?''
Abu Hurairah daripada al-Bazzar secara marfu' meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki bertanyakan hal ini kepada Rasululla s.a.w., lalu Baginda menjawab: ''Tahukah engkau ketika malam tiba dan menyelimuti segala sesuatu, di manakah siang berada?'' orang yg bertanya itu menjawab: '' Siang berada di mana Allah mengkehendakinya.'' Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: ''Demikianlah neraka. Ia berada di mana-mana Allah mengkehendakinya.''
Imam Ibn Kathir rhm. dalam tafsirnya memberi pandangan, jika kita tidak menyaksikan atau tidak mengetahui di mana malam hari itu tidak ada pda suatu tempat. Begitu juga dengan neraka, ia berada di suatu tempat yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Hal ini sangat jelas.
Kedua, jika siang hari berlaku pada salah satu belahan dunia ini, malam hari berada pada belahan dunia yanng lain. Begitu juga dengan syurga . Ia berada di tempat 'illiyyin' yang paling tinggi, di atas semua langit, di bawah Arasy, Yang luasnya sebagaiman difirmankan oleh Allah s.w.t. seluas langit dan bumi. Adapun neraka berada di bawah. Dengan ini, kenyataan kewujudan syurga yang seluas langi dan bumi itu tidak dinafikan adanya neraka.'' Wallahu a'alam..



No comments:

Post a Comment