1 November 2012

TERBUKTI ..Penyembelihan cara Islam lebih unggul..


Penyembelihan cara Islam

Soalan:
Hari ini ada sekumpulan aktivis yang giat berkempen untuk mengharamkan penyembelihan haiwan cara Islam. Mereka mengembar-gemburkannya sebagai satu tindakan penyeksaan terhadap haiwan dan tidak berperikemanusian.
Kita sebagai orang Islam, pastilah yakin dan menerima sajaha kaedah penyembelihan itu. Namun bagaimana untuk kita terangkan kepada masyarakat bukan Islam dan menangkis persepsi buruk mereka dalam hal ini?

Jawapan:
Penyembelihan Haiwan Cara Islam sebenarnye menjunjung konsep perikemanusiaan dan standard kebersihan serta kualiti makanan yang tinggi. Penyembelihan haiwan cara Islam sangat berbeza dengan cara mematikan haiwan yang dilakukan oleh orang Barat
dalam penyembelihan cara Islam, Urat-urat pada leher iaitu urat halkum dan urat merih wajib diputuskan manakala dua urat leher yang lain adalah sunat. Keempat-empat urat ini ada fungsi sebaigamana berikut:

Urat                                          Fungsi
 urat halkum (trakea)      saluran pernafasan
 urat merih                     saluran makanan
arteri karotid                 saluran darah yang membawa darah beroksigen daripada jantung ke otak                
vena jugulum                 saluran darh yang membawa darah berkabon dioksida dari otak ke jantung

Cara penyembelihan ini akan menyebabkan haiwan tersebut mengalami pendarahan yang besar. pendarahab ini perlu agar kematian haiwan itu boleh dipercepatkan dan daging yang dihasilkan lebih stabil, bersih, dan berkualiti.
Hal ini kerana darah sebenarnya mengandungi pelbagai jenis nutriendan air yang banyak. Keadaan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteri dan fungus. Dengan berkurangannya kandungan darah dalam daging haiwan, aktiviti mikroorganisma dapat diperlahankan.
Kesannya proses dagning menjadi lambat rosak sekali gus meningkatkan jangka hayat penyimpanan daging, dan kualiti daging juga dapat ditingkatkan 
  

No comments:

Post a Comment