31 October 2012

Pemberian kepada ALLAH.


Sejak kecil lagi Ahmad Bin Yahya Ibn al-Jala sangat rajin menuntut ilmu. Beliau  berguru dengan semua ulama di negerinya.
Suatu hari beliau menyuarakan hasratnye untuk menuntut ilmu ke luar negara. Namun ibu bapanya tidak mengizinkan beliau meninggalkan mereka. Puas beliau memujuk , namun kedua-duanye tetap berat hastati. Beliau satu-satunye anak mereka.pet
Tiada lagi cara lain, Ahmad pun berkata ''Hadiahkanlah diriku untuk ALLAH''.
''Baiklah. Kami hadiahkan dirimu untuk ALLAH'', kedua-duanye dengan berat hati memenuhi kehendak anaknye.
Akhirnye orang tuanye pun rela melepaskan pemergian anaknye. Bertahun-tahun Ahmad dalam perantauan.
Suatu malan yang sangat gelap, dingin dan di bawah guyuran hujan lebat, Ahmad kembali ke kampung halamannye. Beliau bersegera menuju ke rumah orang tuanya.
Beliau mengetuk pintu
''Siapa di luar?''
''Saya Ahmad, anak kamu!''
''Dahulunye kami mmg mempunyai anak. namun kami telah memberikan anak kami kepada ALLAH. Pantang bagi kami untuk menarik balik pemberian.''
Tiada siapa yang membuka pintu.
*diceritakan oleh al-Hafiz Abu Nuaim dalam kitab hilyat al -Awliya'
Pengajaran
 Tanda kemuliaan seseorang adalah ia sentiasa berpegang pada janji termasuklah janji kepada ALLAH. Justeru , nazar wajib dilaksanakan. Nazar ialah sebuah janji kepada ALLAH. Siapa yang tidak mampu melaksanakan nazar tersebut, ia wajip menggantinya dengan kafarah iaitu memberi makan 10 orang fakir miskin atau memberi pakaian kepada mereka, atau membebaskan hamba. Jika tidak mampu, ia wajib berpuasa selama tiga hari.

petikan dari majalah al -ustaz isu no.7.

No comments:

Post a Comment